Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara

Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara

Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin. – FOTO IHSAN UNIT MEDIA IPD TAWAU

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikesan mengalami kecederaan di dagu, benjol di dahi dan lebam pada punggung selain kesan darah beku di belakang telinga kiri, dipercayai akibat didera ibu saudaranya.

Perbuatan itu terbongkar selepas doktor merawat mangsa yang dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau oleh gurunya pada 10 Disember lalu sebelum tampil membuat laporan polis susulan kecederaan mencurigakan pada mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, pengadu yang juga doktor bertugas ketika itu datang ke IPD Tawau membuat laporan sebaik pemeriksaan ke atas mangsa kira-kira jam 3 petang mendapati kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa, disyaki akibat didera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa adalah penuntut di sebuah sekolah agama rakyat dekat sini dan anak tunggal yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak kematian ibu tiga tahun lalu.

“Suspek ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Jasmin berkata, mangsa kini ditempatkan di Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker