Nelayan jatuh bot ditemui lemas
Nelayan jatuh bot ditemui lemas
IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemui lemas hari ini.
Mayat Ng Ka Wan, 30, ditemukan pada jarak 5.6 kilometer atau tiga batu nautika oleh bot agensi Polis Marin petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, 18 orang anggota bomba, polis (16), Angkatan Pertahanan Awam (tujuh dan sebuah bot) serta satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Teluk Intan terbabit dalam melaksanakan operasi mencari mangsa itu.
“Mayat mangsa dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk tujuan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengecaman ahli keluarga terdekat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 5.40 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Semalam, seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang membaiki bot di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk memaklumkan maklumat awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain.
Nelayan jatuh bot ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?