Pempengaruh China didakwa eksploitasi anak untuk keuntungan

Pempengaruh China didakwa eksploitasi anak untuk keuntungan

Pempengaruh China didakwa eksploitasi anak untuk keuntungan
YU bersama anaknya. FOTO Douyin

Beijing: Pempengaruh China, baru-baru ini, ditahan polis selepas mereka-reka cerita kononnya bekerja sebagai penghantar makanan bersama bayi perempuannya, bagi meraih simpati ramai.

Lelaki itu, yang memiliki lebih 400,000 pengikut dalam akaun Douyin @qianyibaobei, mendakwa dia adalah bapa tunggal kepada anak kecil bernama Qianyi, yang dibawanya semasa bekerja sebagai pekerja penghantaran kerana bayi itu ditinggalkan ibunya.

Dalam keterangan pada semua videonya, dia menulis, anak itu tidak mempunyai ibu sehingga mengundang simpati ramai.

Dalam satu video, lelaki itu dilihat berpakaian seragam kuning aplikasi penghantaran makanan Meituan, menyatakan dia menghantar 43 pesanan bersama Qianyi, dan memperoleh 300 yuan (kira-kira RM182) sehari.

Dia juga menggesa pengikutnya untuk meletakkan tanda suka pada videonya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?


lelaki itu mengumpul lebih 400,000 pengikut dalam akaun Douyin dan Kuaishou, menghasilkan lebih daripada 100 video serupa dan mendapat keuntungan daripada penstriman langsung.

Pada 3 Disember lalu, polis mengesahkan, lelaki itu memaparkan kisah yang tidak tepat. Dia bukanlah pekerja penghantaran, mahupun bapa tunggal dan ibu Qianyi sebenarnya masih tinggal bersama mereka.

Malah, pakaian seragam yang dipakainya dalam video itu dibeli secara dalam talian.

Polis berkata, mereka menghukum lelaki itu, bernama Yu, kerana mengganggu ketenteraman awam, bagaimanapun tidak mendedahkan secara spesifik hukuman berkenaan.

Menurut Undang-Undang Hukuman Pentadbiran Keselamatan Awam China, individu yang sengaja mengganggu ketenteraman awam dengan menyebarkan khabar angin boleh menyebabkan penahanan sehingga 10 hari dan denda 500 yuan (kira-kira RM304).

Pempengaruh China didakwa eksploitasi anak untuk keuntungan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker