Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
Bermain dengan rakaman video yang boleh dipertikai dan tidak membuktikan rasuah akhirnya Albert Tei dan Jontih Enggihon sendiri terperangkap.
Video pertama mendedahkan kononnya ADUN Sabah, Dr Yusof meminta rasuah.
Namun hanya audio, tiada video atau gambar dan tuan punya badan sendiri telah menafikannya.
Video kedua pula pengakuan Jontih Enggihon.
Tetapi apa yang dibuktikan adalah ketika beliau CEO, telah menyalahgunakan kuasa bekerja untuk Albert Tei.
Di khabarkan beliau telah melarikan diri keluar negara, namun ia hanyalah khabar angin yang belum disahkan.
Jontih Enggihon tunjukkan dalam video rasa tidak puas hatinya terhadap Ketua Menteri yang membatalkan lesen mineral kroninya Albert Tei.
Dikatakan, ketika beliau CEO SMM, beliau berhasrat untuk beri lesen mineral kepada kroni Albert Tei, tapi terhalang.
Manakala video ketiga rakaman perbincangan bersama Rubin Balang.
Ia hanya sekadar perbincangan tanpa ada isu rasuah.
Tidak ada ada urusniaga berlaku antara Rubin Balang dan Albert Tei.
Rubin Balang menjelaskan lesen yang diperolehi olehnya adalah sebelum beliau dilantik Pengerusi SEDCO.
Beliau sendiri menyatakan meletak jawatan dalam syarikat selepas dilantik sebagai Pengerusi SEDCO bertaraf menteri.
Yang minta PLS ialah Albert Tei, pelombong Pahang dan Sarawak bukan Robin Balang yang minta.
Di mana rasuahnya seperti yang didakwa?
Minta Perlindungan Pemberi Maklumat Tetapi Bukti Tidak Di Beri
Albert Tei dan Jontih Enggihon mahu berlindung di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Tetapi mereka sendiri tidak pernah pergi ke SPRM untuk membuat laporan.
Malah, Azam Baki mendedahkan, pemberi maklumat enggan menyerahkan bukti.
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Albert Tei berhubung dengan SPRM hanya menggunakan surat dan peguam sebagai pengantara dengan SPRM.
Ia mengundang lagi banyak kemusykilan tentang Albert Tei, ahli perniagaan yang berasal dari Pahang ini.
Rekod jenayah dan mahkamahnya membuktikan beliau tidak boleh dipercayai.
Jadi, apa sebenarnya yang Albert Tei mahukan?
Mendedahkan apa yang dakwa sebagai jenayah rasuah atau cuba berselindung ndi bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sambil melepaskan kemarahan?
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
- Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara
You must be logged in to post a comment.