Tang Jie-Ee Wei perlu fokus persiapan mental – Liu Ying
Tang Jie-Ee Wei perlu fokus persiapan mental – Liu Ying
Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei perlu memberi perhatian khusus kepada persiapan mental untuk mengharungi cabaran dalam kejohanan dan meraih lebih banyak kejayaan, kata bekas pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying.
Ini termasuklah dalam menghadapi Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang bakal membuka tirai 11 Disember ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu turut percaya Tang Jie dan Ee Wei, yang kini berada di ranking keempat Jelajah Dunia BWF dan kelapan ranking dunia, berpotensi untuk ‘mencipta kejutan’ pada kejohanan itu.
“Sukar memang sukar (Jelajah Dunia Final BWF), tapi saya rasa peluang itu masih ada. Cabaran mereka adalah dari segi mental.
“Sebab dulu mereka (Tang Jie-Ee Wei) kejar lawan mereka untuk memperbaiki ranking dunia, namun sebaliknya kini ramai pemain muda sedang cabar kedudukan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
“Apa yang penting ketika ini adalah bagaimana untuk mengekalkan prestasi konsisten dalam latihan dan pertandingan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kidslympic di Stadium Merdeka, hari ini.
Pada majlis itu, Liu Ying diumumkan sebagai duta Kidslympic yang dijadualkan berlangsung di stadium itu dari 27 hingga 29 Disember ini.
Kidslympic adalah inisiatif Akademi Olimpik Kebangsaan dan Mycreative Moment bagi memupuk bakat, menggalakkan aktiviti fizikal dan menyemai nilai-nilai kecemerlangan, hormat-menghormati dan persahabatan.
Program yang mendapat sokongan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) itu bakal menghimpun 1,500 kanak-kanak dari seluruh negara.
Pelbagai acara sukan akan dipertandingkan antaranya gimnastik, taekwando, pentatlon moden, bola keranjang, sofbol, olahraga dan bola tampar.
Sementara itu, Pengarah Akademi Olimpik Kebangsaan, Nicholas Chan berharap pelancaran Kidslympic mampu mencetus era baharu untuk sukan kanak-kanak di Malaysia.
“Kidslympic Malaysia 2024 bukan sekadar satu pertandingan. la adalah satu pesta yang meraikan impian, keazaman dan kepelbagaian,” katanya.
Tang Jie-Ee Wei perlu fokus persiapan mental – Liu Ying
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.