Suami Zahnita Wilson direman tiga hari

Suami Zahnita Wilson direman tiga hari

Suami Zahnita Wilson direman tiga hari
Suami Zahnita Wilson dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk mendapatkan perintah tahanan reman. – Foto NSTP

KUANTAN: Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini membenarkan perintah reman tiga hari bermula hari ini terhadap suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Perintah reman terhadap tertuduh dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja lengan panjang berwarna biru gelap dan seluar panjang gelap dilihat tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi, dengan tangan bergari.



Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika mengulas kes itu sebelum ini memaklumkan hasrat Zahnita untuk keluar daripada rumah dan tinggal berasingan dipercayai menjadi punca bekas model dan pelakon itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Siasatan awal mendapati keputusan itu menyebabkan suami mangsa marah dan bertindak ke atas Zahnita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan




Berikutan itu, laporan polis dibuat mangsa 27 November lalu sebelum suspek ditahan semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Media melaporkan hantaran terkini dimuat naik Zahnita mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.

Tidak memperincikan apa berlaku, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.



Suami Zahnita Wilson direman tiga hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker