Kapal kargo terbakar, 19 kru diselamatkan
Kapal kargo terbakar, 19 kru diselamatkan
BATU PAHAT: Seramai 19 kru diselamatkan selepas sebuah kapal kargo berdaftar di negara ini terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika dari Tanjung Laboh, di sini, semalam.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika kapal kargo dari Malaysia itu dalam perjalanan menuju Kota Kinabalu.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal Abidin, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada Malaysia Rescue Sub Centre jam 8.40 pagi.
Katanya, dua bot peronda Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebuah bot pasukan Polis Marin digerakkan ke lokasi sebaik mendapat laporan itu.
“Semua mangsa dilaporkan selamat dan dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia sebelum dibawa ke jeti untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Kerja memadam api masih dijalankan memandangkan tangki minyak berada di bawah kawasan kebakaran dan setakat ini tiada laporan berlaku tumpahan minyak, namun pemantauan sedang dijalankan bagi mengelak sebarang kemungkinan.
Kapal kargo terbakar, 19 kru diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.