5,000 penduduk Kuala Krai terputus hubungan, perkhidmatan feri dihentikan
5,000 penduduk Kuala Krai terputus hubungan, perkhidmatan feri dihentikan
Kuala Krai: Hampir 5,000 penduduk di beberapa kampung termasuk Kampung Pasir Kelang, Kampung Sungai Taku, dan Kampung Buyong terputus hubungan selepas perkhidmatan feri dihentikan operasi susulan kenaikan paras air sungai.
Menurut pemandu bot, Muhamad Daniel Rusli, 22, sungai berkenaan menjadi laluan penting kepada penduduk yang tinggal di seberang sungai untuk keluar ke bandar Kuala Krai.
Muhamad Daniel berkata, meskipun perkhidmatan feri di Pasir Kelang sudah menghentikan operasi selepas air sungai melebihi paras bahaya, namun pemandu bot tambang masih bersedia untuk membantu penduduk.
“Namun saya hanya memberikan perkhidmatan bot penambang pada waktu kritikal seperti ibu mengandung atau orang sakit yang perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Setiap kali mengemudi bot, terutamanya ketika musim tengkujuh saya sentiasa berwaspada serta berhati-hati bagi memastikan keselamatan penumpang berikutan arus sungai yang deras selain mereka juga dibekalkan jaket keselamatan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Katanya, setiap kali musim tengkujuh, bot penambang menjadi nadi pengangkutan utama kepada penduduk untuk menyeberangi sungai.
“Kebiasaannya bot tambang mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 7 malam dan sebagai pemandu bot saya sentiasa bersedia kerana simpati dengan nasib penduduk yang memerlukan pertolongan ketika kecemasan.
“Bagaimanapun jika keadaan meruncing atau paras air tinggi, saya akan mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat untuk membawa penduduk menyeberangi sungai,” katanya.
Muhamad Daniel berkata, empat jalan kampung juga sudah dinaiki air setinggi tiga meter dan terpaksa menggunakan bot tambang yang disediakan penduduk untuk keluar dari kawasan berkenaan.
5,000 penduduk Kuala Krai terputus hubungan, perkhidmatan feri dihentikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.