Bomba selamatkan 4 sekeluarga terperangkap rumah kedai terbakar
Bomba selamatkan 4 sekeluarga terperangkap rumah kedai terbakar
KAJANG: Tindakan pantas Bomba membuka pintu rumah kedai di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, di sini, yang terbakar, menyelamatkan empat sekeluarga terperangkap di dalamnya pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.28 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan Pasukan Bomba Sukarela Bangi dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba mendapati satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawah sebanyak 75 peratus.
“Turut terbakar tiga unit kedai berkembar di mana dua lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 58 tahun terperangkap di bawah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bomba kemudian membuka pintu menggunakan alat pemotong sebelum berjaya membawa keluar mangsa.
“Mereka yang terselamat itu terdiri suami isteri dan anaknya yang tinggal di belakang kedai basikal milik abang wanita.
“Mereka kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans selepas mengalami sesak nafas,” katanya.
Bomba selamatkan 4 sekeluarga terperangkap rumah kedai terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET