Bagnaia belum menyerah kalah, juarai perlumbaan pecut

Bagnaia belum menyerah kalah, juarai perlumbaan pecut

Bagnaia belum menyerah kalah, juarai perlumbaan pecut
BAGNAIA mendahului Martin ketika perlumbaan. FOTO AFP

Barcelona: Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati meneruskan perebutan kejuaraan MotoGP hingga hari terakhir musim ini selepas juara bertahan itu memenangi perlumbaan pecut di Grand Prix Solidarity, hari ini, manakala pendahulu kejuaraan, Jorge Martin, di tempat ketiga.

Martin, yang memulakan perlumbaan dengan kelebihan 24 mata, kini menyaksikan kelebihannya berkurang kepada 19 mata menjelang perlumbaan sebenar, esok.

Bagnaia masih berpeluang merangkul takhta juara dunia MotoGP kali ketiga berturut-turut sekiranya dia memenangi perlumbaan itu.

Martin memberikan tekanan kepada Bagnaia dalam beberapa pusingan, tetapi Enea Bastianini dari Ducati berjaya memintasnya pada pusingan terakhir sekali gus memaksa pelumba Pramac Racing itu berpuas hati di tempat ketiga.

Perlumbaan akhir musim ini berlangsung di Barcelona selepas banjir besar di Valencia memaksa penganjur menukar lokasi perlumbaan itu.

Bagnaia belum menyerah kalah, juarai perlumbaan pecut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker