Raja Shah, Jacquelyn jaguh Beregu Campuran Ambassador Cup
Raja Shah, Jacquelyn jaguh Beregu Campuran Ambassador Cup
Kuala Lumpur: Pasangan Raja Shah Amimarzuan dan Jacquelyn Cheah Kah Ling yang mewakili New Straits Times (NST) muncul juara kategori Beregu Campuran pada kejohanan jemputan media Ambassador Cup Badminton.
Dalam saingan berlangsung di Arena Badminton Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras itu, Raja Shah dan Jacquelyn mengatasi tentangan sengit wakil China Press, Andrew Tan Moh Ern dan Chen Chew Hoong, 11-6, 8-11, 11-7 dalam masa 22 minit untuk penentuan juara.
Manakala ketiga dimenangi Chia Chin Ping dan Lim Lee Kim (Sin Chew Daily).
Bagi kategori Beregu Lelaki pula juara menjadi milik Sin Chew Daily yang diwakili, Chan Aun Kuang dan Tan Min Tee mengatasi gandingan, Kwek Wen Jun dan Wong Qian Shu (Malaysia China Insight), 11-8, 11-9 pada aksi final yang berlangsung selama 15 minit.
Sementara gandingan Mohd Azreel Ashman Abdul Halim dan Sulaiman Salleh (Bernama) menduduki tempat ketiga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Hadiah berupa piala dan barangan sukan disampaikan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Yujing dalam ucapan perasmian kejohanan merakamkan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu.
Katanya, penganjuran kejohanan buat kali ketiga itu sekali lagi dapat mengumpulkan pengamal media di gelanggang badminton seterusnya membina hubungan rapat serta setia kawan menerusi aktiviti sukan.
Sebanyak 33 pasukan membabitkan kategori Beregu Lelaki dan Beregu Campuran daripada pelbagai agensi media antaranya Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian, Media Istana Negara serta wakil kedutaan China mengambil bahagian pada kejohanan itu.
Raja Shah, Jacquelyn jaguh Beregu Campuran Ambassador Cup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET