Kelab boleh teruskan program pemain naturalisasi – Hannah

Kelab boleh teruskan program pemain naturalisasi – Hannah

Kelab boleh teruskan program pemain naturalisasi - Hannah
HANNAH berkata di peringkat kebangsaan, FAM menghentikan program pemain naturalisasi. FOTO NABILA ADLINA AZAHARI

Kuala Lumpur: Kelab bola sepak yang bernaung di bawah Malaysia Football League (MFL) masih boleh meneruskan program pemain naturalisasi mengikut langkah dan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, di peringkat kebangsaan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghentikan program pemain naturalisasi buat sementara waktu.

Selain itu katanya, bagi pemain warisan atau yang mempunyai pertalian darah keluarga dengan warga negara Malaysia, FAM sedang mencari bakat-bakat baharu yang akan dikenal pasti.

“Ia juga akan dinilai oleh ketua jurulatih serta barisan kejurulatihan kebangsaan sebelum diserapkan ke pasukan kebangsaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen

Beliau berkata demikian, menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai hala tuju dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap perkembangan bola sepak tanah air dengan peruntukan RM15 juta kepada FAM termasuk kriteria pemilihan skuad Harimau Malaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia


“Peruntukan ini akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan KBS,” katanya.

Menurutnya, FAM juga diminta untuk menyediakan indeks prestasi utama (KPI) dan pelan perancangan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Kelab boleh teruskan program pemain naturalisasi – Hannah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker