Empat penjenayah warga Vietnam ditembak mati di Jalan Imbi

Empat penjenayah warga Vietnam ditembak mati di Jalan Imbi

Empat penjenayah warga Vietnam ditembak mati di Jalan Imbi
Polis mengangkat mayat penjenayah warga Vietnam yang ditembak mati di Jalan Imbi, Bukit Bintang. – Foto NSTP/Safeek Affendy Razali

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar Lembah Klang, sejak 2018.

Keempat-empat suspek ditembak ketika sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kuala Lumpur menyerbu unit kediaman di tingkat 17, sebuah residensi mewah di Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini, jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kesemua suspek berusia 40-an didapati cuba melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam Operasi Tebuk (Op Tebuk) ini.



“Ketika proses melakukan tangkapan cuba dibuat, suspek dikesan melepaskan tembakan secara tiba-tiba sehingga berlaku situasi berbalas tembakan dan dalam usaha mempertahankan diri, polis dapat menembak mati kesemua mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang polis,” katanya di lokasi kejadian, di sini.


Rusdi berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai sering keluar dan masuk ke negara ini dan sudah mengaut RM4.3 juta hasil jenayah pecah rumah, pecah pejabat sebelum menebuk peti besi dari premis yang menjadi sasaran mereka.

Empat penjenayah warga Vietnam ditembak mati di Jalan Imbi
Penjenayah dibawa ke hospital.

Katanya, kebiasaannya suspek menyasarkan pejabat dan kediaman yang tidak berpenghuni selepas melakukan pemerhatian sebelum melakukan jenayah.

“Kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah, yang terbaru dua hari lalu Sri Hartamas, di sini sebelum kembali menyembunyikan diri di lokasi yang diserbu malam ini.

“Kita juga percaya mereka ini menjadikan unit kediaman mewah di sini sebagai tempat perancangan jenayah, berehat serta menyembunyikan diri.



“Daripada siasatan, suspek yang mempunyai pasport ini sangat popular (berbahaya) dan sangat susah untuk ditahan kerana kelicikan mereka.

“Mereka ini melakukan jenayah pada waktu malam dan tidak meninggalkan kesan dan apabila wajah mereka terakam pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ianya agak sukar untuk dikenal pasti disebabkan mereka warga asing ,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini sedang diteruskan bagi mengesan saki-baki kumpulan ini dan juga dalam proses melengkapkan siasatan atas jenayah yang dilakukan mereka.

Mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.



https://twitter.com/bharianmy/status/1856489267020869926?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1856489267020869926%7Ctwgr%5Edf01cff70b628a206f5d449af50e09c4e3ae8653%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fkes%2F2024%2F11%2F1323160%2Fempat-penjenayah-warga-vietnam-ditembak-mati-di-jalan-imbi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker