Saka, Rice diketepi dari skuad England
Saka, Rice diketepi dari skuad England
London: Dua pemain Arsenal, Bukayo Saka dan Declan Rice, antara lapan pemain yang terpaksa menarik diri daripada skuad England untuk perlawanan Liga Negara yang akan datang.
Kedua-duanya terpaksa menarik diri selepas perlawanan yang menyaksikan Arsenal seri 1-1 menentang Chelsea semalam. Rice bermain dengan jari kaki yang patah, manakala Saka terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada kakinya.
Cole Palmer, yang hanya menjalani latihan dua kali dalam seminggu selepas cedera ketika berdepan Manchester United minggu lalu, bermain selama 90 minit semalam tetapi kini menarik diri daripada tugasan antarabangsa.
Rakan sepasukan Palmer di Chelsea, Levi Colwill, Trent Alexander-Arnold, Phil Foden, Jack Grealish, dan Aaron Ramsdale juga tidak dapat beraksi.
Alexander-Arnold yang terpaksa digantikan selepas hanya 25 minit beraksi menentang Aston Villa, dijangka akan berehat selama dua minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Manakala Grealish sudahpun terlepas enam perlawanan terakhir Manchester City dan dilepaskan daripada tugas antarabangsa bersama rakan sepasukannya Foden selepas penilaian di St George Park.
Ramsdale, yang kali terakhir beraksi untuk England ketika kekalahan 0-1 kepada Iceland sebelum Euro 2024, mengalami kecederaan jari semasa Southampton tewas 0-2 kepada Wolves.
Sebagai ganti, Lee Carsley menyenaraikan pemain tengah Aston Villa, Morgan Rogers yang akan membuat penampilan pertama dalam skuad kebangsaan selepas menunjukkan prestasi mengagumkan di bawah Unai Emery sejak menyertai kelab itu dari Middlesbrough pada Januari lalu.
Saka, Rice diketepi dari skuad England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
You must be logged in to post a comment.