Hamilton akan kembali menjadi pesaing
Hamilton akan kembali menjadi pesaing
London: Christian Horner yakin Lewis Hamilton akan kembali menjadi “pesaing utama” apabila dia beralih ke Ferrari musim depan.
Hamilton mengejutkan dunia sukan dengan mengumumkan perpindahannya ke Ferrari dan akan bersama Charles Leclerc.
Langkah ini menandakan berakhirnya hubungan panjang dengan Mercedes atau McLaren yang menggunakan enjin Mercedes sepanjang kerjaya formula satunya (F1).
Walaupun memenangi dua perlumbaan musim ini, Hamilton secara keseluruhannya menghadapi kesukaran di Mercedes pada tahun 2024.
Biarpun George Russell mendominasi sesi kelayakan namun hari perlumbaan, kedua-duanya lebih seimbang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Penamat di tempat ke-10 dan mesej yang diterima di radio menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin akan berehat lebih awal dan mungkin tidak akan beraksi tiga perlumbaan terakhir bagi mempersiapkan diri berpindah ke Ferrari.
“Dia jelas keluar dari persekitaran yang sangat selesa yang sudah dikenali olehnya lebih dari 10 tahun. Jadi itu akan menjadi perubahan besar baginya.
“Charles Leclerc adalah pemandu yang sangat pantas. Tetapi Ferrari adalah pasukan yang nampaknya sedang memperoleh momentum. Sudah tentu, seorang pemandu dengan kualiti seperti Lewis sentiasa akan menjadi pesaing,” Horner.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat