Bayi tujuh bulan maut dalam buaian

Bayi tujuh bulan maut dalam buaian

Bayi tujuh bulan maut dalam buaian
Foto hiasan

NILAI: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuhnya di perumahan Kuarters KLIA dekat Bandar Enstek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bayi berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dalam buaian ketika cuba dikejutkan pengasuh.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya dihubungi Klinik Kesihatan Kuarters KLIA kira-kira jam 12.45 tengah hari, memaklumkan kejadian seorang bayi lelaki meninggal dunia.

“Bayi itu dibawa seorang pengasuh dari kawasan perumahan Kuarters KLIA ke klinik berkenaan.

“Pada jam 7.30 pagi, pengasuh dikatakan memasukkan mangsa ke dalam buaian selepas dihantar oleh ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika pengasuh berkenaan cuba mengejutkan bayi itu untuk dimandikan, katanya, beliau mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dan kepala mendongak.

“Pemeriksaan awal pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan dalaman dan luaran manakala punca kematian tidak dapat ditentukan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

Bayi tujuh bulan maut dalam buaian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker