Tandukan Musiala pastikan Bayern kembali ke landasan tepat

Tandukan Musiala pastikan Bayern kembali ke landasan tepat

Tandukan Musiala pastikan Bayern kembali ke landasan tepat
MUSIALA (kiri) menanduk masuk gol kemenangan ke atas Benfica. FOTO REUTERS

Munich: Tandukan Jamal Musiala pada babak kedua menghidupkan semula peluang Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menang 1-0 di laman sendiri ke atas Benfica, awal pagi tadi.

Bergelut di Eropah selepas dua kekalahan berturut-turut, Musiala memecah kebuntuan menangani kedegilan benteng Benfica dengan menanduk masuk hantaran Harry Kane pada minit ke-67.

Bayern mendominasi penguasaan bola tetapi tidak banyak mencipta peluang, kurang menyengat di depan penyokong tuan rumah yang enggan menyanyi kerana menghormati seorang peminat yang terlantar di hospital.

Di sebalik kemenangan itu, Bayern masih perlu bekerja keras di Eropah, memandangkan final UCL musim ini bakal dilangsungkan di gelanggang mereka sendiri.

Kelab gergasi Jerman itu menghuni tangga ke-17 kumpulan, satu anak tangga di belakang Dinamo Zagreb yang dibelasah mereka 9-2 pada aksi pembukaan.

“Kami mempunyai detik yang bagus. Lawan bertahan dengan baik. Ia amat penting untuk meraih tiga mata hari ini,” kata Musiala selepas perlawanan.

“Kami tidak perlu menang setiap perlawanan dengan empat atau lima gol. Kadang-kadang 1-0 sudah mencukupi. Kami perlu bersabar. Kini kami boleh terus bersaing dan tidak sabar menanti perlawanan berikutnya.”

Jurulatih Bayern, Vincent Kompany berkata: “Kadang-kadang bagus untuk menang dengan cara begini, sekalipun kami lebih suka menang dengan tiga atau empat gol.

“Saya sedar kami perlu kekal tenang dan bersabar. Kami melakukannya dengan baik. Ia satu perlawanan dan kemenangan yang bagus.”

Tandukan Musiala pastikan Bayern kembali ke landasan tepat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker