Zheng cemerlang ke separuh akhir

Zheng cemerlang ke separuh akhir

Zheng cemerlang ke separuh akhir
ZHENG membalas pukulan Jasmine pada perlawanan semalam. FOTO AFP

Riyadh: Zheng Qinwen meneruskan musim cemerlang apabila mara ke separuh akhir acara WTA Finals di Riyadh selepas menewaskan Jasmine Paolini, semalam.

Pemain China yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 (Paris 2024) itu menewaskan pemain Itali itu, 6-1, 6-1 dalam tempoh 67 minit untuk meraih kemenangan ke-30 daripada 35 perlawanan.

Pilihan ketujuh, Zheng mengesahkan tempat ke separuh akhir untuk muncul pemain pertama China melakukannya sejak Li Na mara ke peringkat kumpulan WTA Finals pada 2013.



“11 tahun sudah berlalu dan saya bangga dapat melakukannya. Saya tidak dapat jangkakan apa yang akan berlaku apabila beraksi di WTA Finals buat kali pertama. Saya berada dalam kumpulan yang sukar,” kata Zheng, 22.

Sementara itu, Elena Rybakina menewaskan pemain yang sudah layak ke separuh akhir, Aryna Sabalenka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU




Pemain Kazakhstan, Rybakina meraih kemenangan sagu hati 6-4, 3-6 dan 6-1 ke atas pemain nombor satu dunia, Sabalenka, yang mengesahkan tempat ke separuh akhir sebagai juara kumpulan pada Isnin lalu.

Selepas tersingkir daripada kejohanan akibat tewas dua perlawanan awal, Rybakina beraksi cemerlang menentang Sabalenka – yang mampu meningkatkan moral pemain nombor lima dunia itu selepas terlepas sebahagian besar kejohanan pada separuh kedua musim akibat masalah kesihatan seperti alahan, insomnia dan cedera belakang.

“Ia adalah perlawanan yang sukar dan saya sangat gembira apabila muncul pemenang,” kata Rybakina.

“Saya fikir agak bagus menamatkan tahund dengan sekurang-kurangnya satu kemenangan menentang pemain nombor satu dunia.”



Zheng cemerlang ke separuh akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker