Kesilapan pelik Mings memungut bola buat Villa merana

Kesilapan pelik Mings memungut bola buat Villa merana

Kesilapan pelik Mings memungut bola buat Villa merana
MINGS (kanan) berebut bola dengan pemain Club Brugge, Ferran Jutgla. FOTO REUTERS

Bruges: Pengurus Aston Villa, Unai Emery menyalahkan tindakan Tyrone Mings memegang bola sebagai punca mereka kalah 0-1 kepada Club Brugge pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi, dan menyifatkan tindakan pelik itu membunuh perlawanan.

Mings mengambil bola yang dipercayai sudah keluar dari kawasan perlawanan selepas penjaga gol Villa, Emi Martinez melakukan hantaran pendek kepadanya ketika sepakan gol.

Pengadil kemudian menghadiahkan penalti kepada lawan dan kapten Brugge, Hans Vanaken menyempurnakan peluang pada awal babak kedua itu yang membuat Emery geram.



Insiden itu mengejutkan pengulas televisyen yang menggeleng kepala, sekali gus menamatkan permulaan sempurna Villa pada kempen UCL musim ini dengan cara memalukan.

“Pada babak kedua, kesilapan itu mengubah segala-galanya, pasukan seperti Brugge yang bermain di tempat sendiri, bertahan dengan gagah dan fokus 100 peratus untuk menyekat kami, malah mereka lebih baik berbanding kami,” kata Emery.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU



Pemain pertahanan Villa, Ezri Konsa turut bersetuju betapa detik mengejutkan itu memusnahkan peluang mereka.

“Ia membunuh perlawanan. Jika Ming sengaja memegang bola, dia sepatutnya dilayangkan kad kuning, dia sudah ada kad kuning. Tapi, kenapa dia tidak dibuang padang? Insiden itu membunuh perlawanan,” kata Konsa.

“Tapi lihat, ia sudah berlaku, tiada apa yang kami dapat lakukan kecuali bergerak ke depan.”

Kejadian itu mengimbas insiden ketika Arsenal seri 2-2 dengan Bayern Munich di suku akhir pertama UCL musim lalu, apabila Gabriel mengambil bola dan memberikan kepada penjaga gol Gunners, David Raya.



Pengurus Bayern ketika itu, Thomas Tuchel mendakwa pasukannya berhak mendapat sepakan penalti.

Kesilapan pelik Mings memungut bola buat Villa merana

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker