Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada
London: Permaisuri Britain, Permaisuri Camilla menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada, menurut Istana Buckingham pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Camilla, 77, “sedang gering akibat jangkitan di dada,” dan doktor menasihatkan baginda berehat untuk tempoh singkat, kata jurucakap istana dalam satu kenyataan.
“Dengan rasa kesal, baginda terpaksa menarik diri daripada acara-acara minggu ini tetapi amat berharap dapat pulih tepat pada masanya untuk menghadiri acara Peringatan hujung minggu ini seperti biasa,” kata kenyataan itu.
Tiada butiran lanjut mengenai penyakit atau rawatan baginda didedahkan.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET