[VIDEO] Pandu X70 untuk curi kabel, polis kesan tiga suspek

Oleh – Syeikh Baran

[VIDEO] Pandu X70 untuk curi kabel, polis kesan tiga suspek

Cubaan tiga lelaki mencuri kabel dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton X70 gagal apabila disedari pengawal keselamatan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini, pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 11.53 pagi tadi.

Katanya, pengadu warga tempatan melaporkan telah menerima panggilan telefon daripada pekerja keselamatan warga Nepal memaklumkan tentang cubaan mencuri kabel.

“Pengawal keselamatan itu melihat sebuah kereta jenis Proton X70 warna kelabu yang nombor pendaftaran hadapan dan belakang berlainan dipercayai palsu.

“Mereka didapati cuba menarik kabel dari kawasan stor penyimpanan pasar raya itu namun gagal dan berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan dan semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat tiga lelaki tidak dikenali memakai penutup muka serta memakai topi.



“Tiga individu itu telah cuba menarik wayar kabel yang panjangnya hampir 100 meter dari aras B1 pasar raya itu namun gagal apabila telah disedari oleh pengawal keselamatan,” katanya.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 431A/511 Kanun Keseksaan.

Tambah Naazron, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian tersebut boleh berhubung terus dengan balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Fadeli Safii di talian 012-5373134 bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker