Kaut untung lebih 1 juta Yen hasil maklumat dalaman

Kaut untung lebih 1 juta Yen hasil maklumat dalaman

Kaut untung lebih 1 juta Yen hasil maklumat dalaman
GAMBAR hiasan.

Tokyo: Seorang hakim di Jepun disiasat selepas mengaut keuntungan lebih 1 juta Yen (RM28,807) disyaki hasil dagangan saham menggunakan maklumat dalaman sepanjang empat bulan ditugaskan sementara di Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA).

Siasatan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dijalankan Suruhanjaya Pengawasan Sekuriti dan Bursa (SESC), dengan jumlah perolehan diraih didapati lebih 10 kali ganda daripada keuntungan direkodkan pada April, ketika dia mula-mula ditugaskan ke FSA.

The Japan News melaporkan secara keseluruhan hakim itu mungkin menjana beberapa juta Yen, malah SESC mengesyaki lelaki terbabit beransur-ansur menggandakan urus niaga saham dan memburukkan lagi jenayah salah lakunya.

Dia dipindahkan sementara dari Sekretariat Mahkamah Agung dan bertugas di Bahagian Perakaunan Korporat dan Pendedahan Biro Polisi dan Pasaran FSA yang bertanggungjawab menyelia semakan dokumen dikemuka syarikat merancang untuk menyertai tawaran tender.

Menurut sumber, hakim itu telah memperdagangkan saham daripada beberapa syarikat berkaitan dengan tawaran tender, sejurus selepas dia ditugaskan ke FSA dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah transaksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


Walaupun memperoleh keuntungan sekitar 100,000 Yen (RM2,880) pada April, keuntungan saham dilaburnya dilaporkan meningkat kepada lebih dari 1 juta Yen pada Ogos.

SESC memperoleh maklumat mengenai transaksi mencurigakan hakim itu dan melancarkan siasatan pada Ogos.

Pada September, pengawas sekuriti menjalankan pemeriksaan di premis pihak berkaitan atas alasan melanggar Akta Instrumen Kewangan dan Bursa.

Syarikat yang merancang untuk membuat tawaran pengambilalihan dikehendaki mengemukakan dokumen kepada biro kewangan terlebih dahulu, dan hakim itu didakwa memperoleh maklumat sebelum pengumuman rasmi atas kapasiti beliau memberikan panduan dan nasihat kepada biro kewangan.

Beliau juga dipercayai memperdagangkan saham syarikat yang tidak terlibat dengannya berdasarkan senarai syarikat yang merancang untuk membuat tawaran tender yang dikongsi dalam kalangan ahli bahagian itu.

Kaut untung lebih 1 juta Yen hasil maklumat dalaman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker