Polis serbu medan selera maksiat, 27 GRO ditahan
Polis serbu medan selera maksiat, 27 GRO ditahan
KUALA LUMPUR: Seramai 27 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan semalam menerusi serbuan ke atas sebuah medan selera yang disyaki menyediakan perkhidmatan tidak bermoral di Jalan Pasar Baru, di sini.
Pelbagai helah digunakan wanita warga asing terbabit antaranya menyorok di dalam almari dan di bawah sinki bagi mengelak daripada ditahan.
Turut ditemui pintu rahsia di dalam tandas wanita dipercayai digunakan untuk melarikan diri sekiranya premis itu diserbu.
Difahamkan, premis yang terletak beberapa ratus meter dari sebuah hotel terbiar yang dijadikan sarang pelacuran itu baru sahaja mula beroperasi semalam sebelum diserbu pasukan KL Strike Force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur.
Bagi mengaburi pihak berkuasa, pemilik premis menutup pintu hadapan dan hanya membenarkan pelanggan yang dikenali untuk masuk melalui pintu di bahagian belakang bagi mendapatkan layanan GRO warga China serta Vietnam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Kesemua wanita warga asing berkenaan ketika ditemui mendakwa hanya hadir ke premis berkenaan hanya untuk makan dan menikmati minuman keras serta tidak mengaku bekerja di premis berkenaan.
Malah, rata-rata wanita yang cuba ditemubual semasa serbuan mendakwa tidak fasih berbahasa Inggeris dan memberi pelbagai alasan berhubung tujuan keberadaan mereka di medan selera itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata serbuan 5.40 petang itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) JSJ Kuala Lumpur bersama D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“Serbuan dijalankan ke atas sebuah pusat hiburan tanpa lesen yang sah dan menggajikan pekerja warga asing sebagai GRO malah tidak memiliki dokumen diri atau permit kerja.
“Siasatan awal mendapati premis berkenaan baru sahaja beroperasi hari ini (semalam) dan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menutup pintu hadapan dan hanya membuka pintu belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib
- Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
- Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam
Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak
Katanya, GRO terbabit dibayar melalui tips daripada pelanggan menggunakan kipas lipat yang mempunyai nilai berbeza berdasarkan warna pada kipas berkenaan bermula RM100 hingga RM150.
Pelanggan juga boleh memberikan tips kepada GRO berkenaan pada kadar lebih rendah dalam lingkungan RM10 ke RM50 menggunakan selempang berlainan warna.
Rusdi berkata, 29 individu ditahan terdiri daripada 16 wanita warga China dan 11 wanita Vietnam disyaki GRO serta seorang pekerja lelaki Indonesia dan lelaki tempatan dipercayai penjaga premis kesemuanya berusia lingkungan 24 ke 67 tahun.
Katanya, 53 individu warga tempatan terdiri daripada 47 lelaki dan enam wanita berusia 34 hingga 44 tahun turut diperiksa dalam operasi itu.
“Pasukan serbuan merampas antaranya pengadun muzik, pembesar suara, pemain DVD, mikrofon, resit perniagaan, selempang, dan kipas.
“Siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, dan Seksyen 55B, Seksyen 39(b) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Polis serbu medan selera maksiat, 27 GRO ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.