SPRM mula siasat kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet

SPRM mula siasat kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet

SPRM mula siasat kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Difahamkan siasatan itu dijalankan disebabkan sebab jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.

BH difahamkan antara fokus siasatan ketika ini adalah berkaitan pengurusan kewangan dalam pelaburan itu serta unsur-unsur rasuah dalam perniagaan itu.

BH setakat ini masih berusaha menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk pengesahan siasatan berkenaan.

Kelmarin, PNB dan Khazanah dilapor perlu memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu hingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik di media sosial.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

 

Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar. - Foto fail NSTP
Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar. – Foto fail NSTP

 

Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar turut memberi respons mengenai isu itu dengan berkata, akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang itu.

Dalam kenyataan bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mereka malam tadi, pasangan berkenaan berkata, ketetapan itu dibuat susulan isu terkini membabitkan penjualan saham PNB dan Khazanah dalam syarikat itu.

Malah turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.

Vivy dan Fadzaruddin juga mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif.

Mereka mengakui melakukan kesilapan dengan mengembangkan perniagaan berdasarkan jangkaan pertumbuhan berterusan, biarpun ketika pandemik COVID-19.

SPRM mula siasat kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker