Pengantin meninggal ketika hendak kahwin, bapa gantikan dengan anak yang lain
Seorang wanita terpaksa menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba, lapor laman berita Daily Star semalam.
Pada awalnya, kakak wanita itu, Hetal, dalam proses untuk melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Vishal di sebuah kuil di Bhavnagar.
Namun, kakaknya itu mengadu berasa pening sebelum pengsan, yang menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan ketika majlis perkahwinannya masih berlangsung, Ahad lalu.
Doktor kemudian mengesahkan bahawa Hetal meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal, Jinabhai Rathore membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain.
Menurut laman berita tempatan Hindi Latest, jasad Hetal disimpan di dalam peti di bilik mayat di hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya selesai dilakukan. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina
- Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh
- Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah
- Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus
- Apa masalah Zul Yahya?
- Suami doktor berang tiada tindakan terhadap gangguan seksual dihadapi isterinya
- Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga
- Pemilihan Naib Presiden UMNO paling sengit dalam sejarah
- Hakimi disiasat dakwaan rogol
- Pemain bola sepak meninggal dunia ketika beraksi
- 3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
- Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan
- Tak boleh kuliah di Selangor, ini kata Ustaz Azhar Idrus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)
You must be logged in to post a comment.