Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan
Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Aruz dinaiki terbabit dalam nahas bersama tiga kenderaan lain di Jalan Kampung Panchur Kuin, Padang Kemunting, Batu Rakit di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 9 pagi.
Katanya, tiga lagi kenderaan terbabit ialah Proton Wira, Honda Jazz dan sebuah lori jenis Mitsubishi.
Beliau berkata, Produa Aruz dan Honda Jazz dilapor bergerak dari arah Kampung Titian Baru menghala ke Kota Bharu manakala Proton Wira dari arah Dungun menghala Besut.
“Lori berkenaan datang dari arah Perak menghala bandar Kuala Terengganu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Siasatan awal mendapati, pemandu Proton Wira dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terlanggar lori dari arah bertentangan.
“Berikutan itu, lori berkenaan terlanggar Perodua Aruz dan Honda Jazz, menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Aruz serta pemandu lori dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.
Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke HSHZ untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Bagi Daerah Kuala Terengganu.
Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET