GP Valencia dibatalkan, lokasi dan tarikh baru akan diumumkan
GP Valencia dibatalkan, lokasi dan tarikh baru akan diumumkan
Barcelona: MotoGP membatalkan Grand Prix Valencia, perlumbaan terakhir musim ini yang sepatutnya diadakan pada Jumaat depan akibat bencana banjir besar yang berlaku dan menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan lokasi dan tarikh baru.
Ramai pelumba MotoGP terkemuka meminta perlumbaan dipindahkan dari Valencia selepas banjir dahsyat yang meragut sekurang-kurangnya 205 nyawa.
Banjir itu memusnahkan bandar, menimbunkan kereta, meruntuhkan jambatan dengan jalan dipenuhi lumpur dalam bencana terbesar yang dialami Sepanyol dalam tempoh beberapa dekad.
“Kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan litar untuk memutuskan cara terbaik bagaimana kami boleh membantu dan bagaimana kami harus meneruskannya.
“Selepas menilai dengan teliti impak positif perlumbaan MotoGP di Valencia pada tarikh yang ditunda berbanding memastikan tiada sumber yang dialihkan daripada usaha pemulihan dengan kehadiran MotoGP, kejuaraan dan pihak berkuasa tempatan terpaksa membatalkan GP Valencia 2024.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Sebagai ganti perlumbaan di Valencia, MotoGP akan berlumba untuk Valencia… kejuaraan akan memberikan sokongan kepada dana bantuan sedia ada,” kata MotoGP.
Perlumbaan kedua terakhir berlangsung di Malaysia hujung minggu ini dengan pelumba Sepanyol Jorge Martin mendahului kedudukan, carta kedudukan mengatasi Francesco Bagnaia dari Itali yang memenangi kejuaraan 2023 di Valencia.
Kedua-dua pelumba menyokong pemindahan lokasi perlumbaan dari Valencia.
“Saya fikir penyelesaian terbaik adalah berlumba di tempat lain,” kata pelumba Primac Ducati, Martin.
“Melihat kepada situasi seperti sekarang, adalah tidak betul dan berlumba di sana adalah sesuatu yang salah,” kata Bagnaia.
Laporan media Sepanyol berkata, litar lumba Ricardo Tormo tidak terjejas oleh banjir tetapi infrastruktur di sekelilingnya terjejas.
Acara sukan lain di rantau itu termasuk kunjungan juara La Liga, Real Madrid untuk menentang Valencia yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu juga ditangguhkan.
Ini bukan kali pertama sukan permotoran peringkat teratas di Eropah dibatalkan kerana banjir.
Grand Prix Emilia Romagna 2023 di Imola, Itali, dibatalkan oleh penganjur Formula Satu selepas banjir melanda kawasan itu.
GP Valencia dibatalkan, lokasi dan tarikh baru akan diumumkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.