Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

KUALA NERANG: Remaja lelaki maut manakala empat rakannya masing-masing melecur di kaki, badan dan muka selepas terkena renjatan elektrik di kawasan bendang, Kampung Tanjung Putus, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad itu disahkan meninggal dunia manakala empat rakannya yang berusia 15, 16 dan 19 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.



Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Terap, Asisten Superintendan Mohd Yukhrul Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, mangsa bersama empat rakannya pergi ke kawasan itu untuk mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik.

Beliau berkata, seorang daripada rakan mangsa berusia 15 tahun itu naik di atas tempat duduk motosikal dan menggunakan sebatang galah aluminium sebelum cuba mengait umpan tiruan itu.

“Mangsa bersama rakan-rakannya yang lain memegang motosikal supaya tidak terjatuh dan ketika cuba mengait umpan tiruan itu, secara tiba-tiba mereka berlima terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan mereka pengsan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak




“Keempat-empat rakan-rakannya sedar kembali manakala mangsa masih tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.Mohd Yukhrul berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang oleh penduduk kampung dan setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Difahamkan, empat rakan mangsa kemudian dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut.



Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker