Polis hentikan konsert Malam Perayaan Patah Hati

Polis hentikan konsert Malam Perayaan Patah Hati

Polis hentikan konsert Malam Perayaan Patah Hati
Pengunjung yang hadir pada Konsert Malam Perayaan Patah Hati diarah bersurai malam tadi. – Foto ihsan polis

KEMAMAN: Polis menyerbu sebuah kafe di Kuala Kemaman jam 11 malam tadi sebelum mengarahkan penganjur menghentikan konsert Malam Perayaan Patah Hati.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata tindakan itu susulan laporan awam berhubung kesesakan lalu lintas serta gangguan bunyi muzik yang kuat kira-kira jam 9.20 malam.

“Kira-kira 1,500 pengunjung hadir pada program yang tidak mempunyai permit kelulusan.



“Polis mengarahkan program itu dihentikan dan pengunjung diminta bersurai,” katanya.

Hanyan berkata, siasatan polis mendapati penganjur tidak mempunyai permit penganjuran daripada pihak berkuasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak




“Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah membuat pemantauan awal mengenai penganjuran program itu dan menampal notis larangan berkumpul.

“Bagaimanapun, program berkenaan tetap diteruskan dan siasatan lanjut sedang dilakukan dan kita akan memanggil penganjur program itu untuk memberi keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis berkaitan penganjuran dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 kerana tiada lesen hiburan.

Sebelum itu, tular di laman sosial Facebook dan TikTok mengenai penganjuran program itu sehingga menyebabkan kebanyakan pengunjung tidak berpuas hati selepas diarahkan bersurai oleh pihak berkuasa.



Polis hentikan konsert Malam Perayaan Patah Hati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker