Tun M tiba di Mahkamah KL berhubung isu ‘Kutty’

Oleh – Syeikh Baran

Tun M tiba di Mahkamah KL berhubung isu ‘Kutty’

Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur bagi kes saman terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu ‘Kutty’, hari ini.



Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar pukul 9.47 bagi meneruskan keterangannya dalam perbicaraan tersebut.

Perbicaraan dijadual bermula pukul 10 pagi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Sebelum ini, media melaporkan kes tersebut ditangguhkan selepas bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana jangkitan paru-paru.

Peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi dilaporkan berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 99 tahun itu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari.

Susulan itu, perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung selama dua hari dilapangkan dan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong menetapkan perbicaraan bersambung pada 29, 30 Oktober serta 5, 6 dan 9 Disember depan.



Pada hari ini, mahkamah akan mendengar keterangan Dr Mahathir diikuti anaknya, Datuk Seri Mukhriz kemudian, Ahmad Zahid.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker