Menyamar sebagai pembeli, pasangan bermotosikal larikan telefon bimbit

Oleh – Syeikh Baran

Menyamar sebagai pembeli, pasangan bermotosikal larikan telefon bimbit

Berpura-pura menyamar sebagai pembeli dan melarikan telefon bimbit ketika berurusan dengan penjual.



Itu taktik dilakukan seorang wanita dan lelaki ketika berurus niaga dengan seorang penjual di Sunsuria City, Dengkil pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, polis menerima laporan pada 10 malam dari seorang penjual yang mendakwa telefon bimbit miliknya dilarikan oleh seorang wanita dan lelaki ketika mengadakan urusan jual beli.

Menurutnya, kedua-dua suspek terdiri dari warga tempatan menggunakan motosikal Yamaha 125Z warna biru dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

 

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas insiden itu dirakam melalui kamera tertutup di pondok pengawal residensi berkenaan.



Difahamkan, telefon yang dilarikan itu dari jenis iPhone bernilai kira-kira RM6,000.

Shan Gopal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, sehingga kini masih tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang giat mengesan kedu suspek.

“Polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian,” katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Sepang Mohd Zulfadli Muhd Nor di talian 011-11484873 atau IPD Sepang 03-87774222.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker