Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

 

DS Najib Razak memohon maaf secara terbuka atas skandal 1MDB.

Dalam kenyataan media yang dibaca anaknya Nizar, DS Najib secara konsisten menyatakan tidak bersalah.



Beliau mendedahkan, apa yang berlaku adalah konspirasi antara Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

 

“Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui skandal 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.”



“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” jelas DS Najib.

Dalam mengulas mengenai wang sebanyak USD681 bilion yang dikatakan telah masuk ke dalam akaun beliau, DS Najib menjelaskan:

“Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami.”

“Saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi.”



DS Najib juga turut memetik laporan dari The Edge yang mengulas mengenai keputusan mahkamah Switzerland dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi.

The Edge melaporkan, berdasarkan kepada analisa mereka terhadap kes tersebut serta e-mel dalaman
PetroSaudi, membuktikan DS Najib bukanlah dalang.

Dan beliau tidak bersekongkol dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB.

The Edge telah menyatakan bahawa PetroSaudi dan Jho Low bersekongkol untuk memperdayakan DS Najib.



Malah beliau tidak sedar bahawa PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan secara tidak sedar menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

Sumbangan Kerajaan Arab Saudi Tidak Pernah Menjadi Subjek Dalam Mahkamah

 

Dalam prosiding mahkamah, terbukti dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima
daripada Kerajaan Arab Saudi.

Bagaimana pun, sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil.



Apabila pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, beliau telah mengarahkan
pelbagai siasatan dijalankan.

Namun beliau cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak
pengurusan 1MDB.

Beliau kini telah dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang beliau tidak mulakan atau sengaja benarkan.

Ianya adalah tidak adil kepada beliau.



Sama-samalah kita berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada DS Najib dan
membuktikan beliau tidak bersalah.

 

Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker