Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Dalam perbahasan RUU Perbekalan 2025, ahli parlimen PN (Tasek Gelugor), Wan Saiful berkata, label maha kaya memberi gambaran seolah-olah salah untuk menjadi kaya.
Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci kelompok yang dilabel dengan gelaran maha kaya.
Secara sinis beliau berkata, ianya dicipta hanya untuk menutup kegagalan kerajaan mentadbir negara yang semakin hari jelas terlihat.
“Berapa lama lagi retorik dan propaganda nak dipergunakan.”
“Hanya untuk menutup hakikat negara kita ini sedang dilanda pelbagai masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan?”
“Apa definisi sebenar maha kaya?”
“Adakah seseorang yang mampu hidup mewah walaupun tak ambik gaji selama tiga tahun itu maha kaya?”
“Adakah orang yang jadi jutawan setelah jadi setiausaha politik itu maha kaya?”
“Atau adakah suami isteri yang bekerja sebagai penjawat awam gred 52 saja sudah menjadi isi rumah maha kaya?”
“Siapa maha kaya ini sebenarnya?,” kata Wan Saiful.
Kita bersetuju, tindakan kerajaan yang mengumumkan kluster T15 sebagai golongan maha kaya pasti akan menimbulkan pelbagai persepsi dan retorik politik.
Tanpa perincian yang jelas, kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan wujudnya kluster T15 dan menganggap mereka sebagai golongan maha kaya.
Perincian yang jelas sepatutnya disediakan untuk mengelak kerajaan dari di tuduh dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Tetapi untuk Wan Saiful Wan Jan, sebelum kerajaan memberikan penjelasan mengenai perkara itu, mungkin kita boleh tolong berikan bayangan.
Golongan yang paling layak diklasifikasikan sebagai golongan maha kaya adalah mereka yang termasuk dalam kluster Jana Wibawa.
Mereka mendapat kekayaan mee segera tanpa perlu melakukan apa-apa usaha.
Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menyalahgunakan kuasa untuk mengagihkan kontrak kerajaan kepada keluarga dan kroni mereka.
Dengan penjelasan yang ringkas, diharapkan dapat menjawab persoalan Wan Saiful, siapa sebenarnya golongan maha kaya.
Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
You must be logged in to post a comment.