Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?

Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI

Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?

 

Agak menarik apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengeluarkan kenyataan menyindir Anwar Ibrahim kerana tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri.

“Seorang Rasul pun diberikan peruntukan oleh Allah untuk rezekinya.”



“Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji.”

“Sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.”

“Ini nampak lebih (hebat) daripada Rasul ni.”

“Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji.”



“Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambik (secara fizikal) tapi dia online,” sindir Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sewaktu meminta untuk mencelah ketika Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin membahaskan Bajet 2025.

“Ia berbeza.”

“Gaji tu memang betul (tak diambil), tapi elaunnya bagaimana?,” jawab Hamzah Zainuddin.



Kita tidak pasti sama ada Tuan Ibrahim tidak tahu atau keliru atau pura-pura tidak tahu mengenai perbezaan antara rezeki dengan gaji.

Yang tidak diambil oleh Anwar Ibrahim adalah gaji beliau sebagai perdana menteri.

Dan bukannya rezeki dari Allah SWT.

Rezeki dari Allah SWT luas dan gaji hanyalah sebahagian dari bentuk rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita.



Lagi pun, sindiran Tuan Ibrahim itu boleh diibaratkan sebagai nyamuk di seberang laut boleh nampak, tetapi gajah di hadapan mata tidak nampak.

Bagaimana dengan dengan nasib dan keadaan ratusan dan mungkin ribuan warga PASTI di seluruh negara?

Bukankah selama ini mereka di bayar dengan gaji yang jauh di luar batas kemanusiaan?

Lebih menyedihkan lagi, warga PASTI yang sudah berkhidmat mendidik anak-anak berpuloh tahun hanya dianggap sebagai sukarelawan.



Sedangkan kehadiran kerja adalah wajib dan masa bekerja juga mesti mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan.

Sukarelawan manakah di negara kita ini yang terikat dengan displin dan waktu kerja yang ditetapkan?

Atau PAS selama ini mempunyai ramai malaikat yang menjadi sukarelawan?

 



Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker