Najib tidak ada kaitan dengan penggunaan dana SRC
Najib tidak ada kaitan dengan penggunaan dana SRC
Dalam perbicaraan di mahkamah semalam, Najib berkata, perniagaan dan penggunaan dana SRC perlu diurus dengan cekap supaya berjaya memperolehi keuntungan komersial untuk kepentingan awam.
Peranan dan tugas untuk mencapai matlamat di atas, bukan menjadi tanggungjawab beliau secara individu, namun membabitkan semua pihak untuk menjayakan urus niaga Dana SRC.
Di mahkamah hari, Najib sekali lagi berkata, beliau tidak ada kaitan dengan penggunaan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM3.95 bilion yang diperoleh melalui pembiayaan menerusi KWAP.
Bagi Najib, beliau sekadar meluluskan pinjaman syarikat pelaburan strategik negara itu.
Sebarang penggunaan dana bagi tujuan pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber asli adalah terpulang kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan
- Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH
Najib musykil kerana beliau ingin dipersalahkan, sedangkan semua pihak mempunyai komitmen masing-masing.
Bagi menjawab soalan peguam SRC, P Gananathan, pada prosiding perbicaraan kes saman sivil syarikat itu terhadapnya, Najib berkata, urusan untuk menandatangani kelulusan berdasarkan cadangan Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.
Najib berkata, berapa banyak dana yang berkaitan dengan urus niaga adalah bergantung kepada keperluan.
“Perkara ini bukan semata-mata keputusan saya. Pihak bertanggungjawab membentangkannya mengikut keperluan,” ujar Najib.
“Sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, saya tidak perlu risau dengan penggunaan dana ini dan saya tidak tahu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Tiada Perdana Menteri boleh meneliti kesemua butiran. Ini adalah tanggungjawab BOD SRC International,” katanya lagi.
Selain itu, Najib berkata, pihaknya tidak mempersoalkan permohonan pembiayaan tambahan SRC berjumlah RM2 bilion kerana yakin BOD SRC membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan terbaik syarikat.
Najib berkata, beliau berbincang dengan pengurusan SRC mengenai keperluan mendapatkan pinjaman tambahan itu daripada KWAP untuk menyokong pelaburan syarikat dalam sektor tenaga di masa hadapan.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membangkitkan perkara itu secara langsung kepada BOD SRC.
Dalam dial ini, Najib sedar ada proses rasmi sebelum permohonan pinjaman kedua diluluskan oleh KWAP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
Perkara ini adalah menjadi tanggungjawab bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil untuk berhubung dengan BOD SRC mengenai isu itu.
“Adalah menjadi kewajipan pengurusan untuk membentangkan pelaburan yang dijangka akan dilakukan oleh SRC untuk mewajarkan permintaan pinjaman, bukan saya,” katanya.
Gananathan seterusnya mempersoalkan keterangan Najib dengan membayangkan bahawa BOD SRC masih memerlukan kelulusan beliau untuk meneruskan rancangan pelaburan mereka.
Najib tidak setuju apabila Gananathan mengemukakan persoalan, “penggunaan dana ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa tandatangan dan kelulusan anda?”
Pada 7 Mei 2021, SRC memfailkan saman sivil terhadap Najib dan Nik Faisal dengan menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion.
Dalam kes saman terbabit, bekas pengarah SRC International dinamakan pihak ketiga responden, iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohamed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.
SRC mendakwa kedua-dua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah dan Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC, selain menyeleweng dana itu.
Jelas Najib menjadi mangsa situasi.
Najib menjadi fokus utama dalam perbicaraan ini yang didakwa bermotif konspirasi.
Malah ada kaitan dengan unsur politik dengan matlamat supaya Najib tidak lagi menerajui Putrajaya selepas PRU-14.
Malangnya, apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, Mahiaddin diheret ke mahkamah, sementara Mahathir sering ke IJN Dan Daim pula seperti sakit jiwa, tetapi sejauh mana benar?
– Zakaria Mohd.
Najib tidak ada kaitan dengan penggunaan dana SRC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.