Langgar pembahagi jalan angkara abang lori

Oleh – Syeikh Baran

Langgar pembahagi jalan angkara abang lori

Tindakan seorang pemandu lori mengubah laluan secara mengejut menyebabkan seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas terlanggar pembahagi jalan di Kilometer 4.8 Lebuh Raya Persekutuan di sini, semalam.



Kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan penunggang lelaki berusia 30 tahun mengalami luka di kepala dan lutut kiri.

Insiden kemalangan tersebut turut tular menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 26 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha FZ menghala ke daerah ini dari Shah Alam.

Katanya, pemandu lori tersebut didapati telah mengubah laluan dan melanggar motosikal mangsa.



“Akibatnya, penunggang motosikal itu terjatuh dan terlanggar besi pembahagi jalan. Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, pemandu lori tersebut belum tampil membuat laporan polis dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihaknya.

Justeru, Vijaya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tersebut menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Surihan Samsuddin di talian 013-2082327 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker