[VIDEO] Air Pasang Ekstrem: Balai polis pun digenangi air

Oleh – Syeikh Baran

[VIDEO] Air Pasang Ekstrem: Balai polis pun digenangi air

Fenomena air pasang ekstrem yang berlaku hari ini menyebabkan limpahan air sedalam 0.5 meter di sekitar kawasan Terminal Jeti Pulau Ketam dan Stesen KTM Pelabuhan Klang.



Turut terjejas adalah Balai Polis Pelabuhan Klang yang dinaiki air pada paras betis.

Situasi air pasang tersebut turut menarik perhatian beberapa penduduk sekitar daerah ini bagi melihat kejadian tersebut di kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa.

Menurut Amirul Hakim, 27, dia datang ke lokasi berkenaan sejak pukul 6 pagi selepas membaca laporan tersebut di media sosial.

Katanya, walaupun fenomena tersebut berlaku setiap tahun, namun apabila mendengar ia adalah ekstrem adalah sesuatu yang berlainan.

“Teruja juga tengok air pasang dengan berlaku kederasan air sehingga melimpahi sekitar kawasan jalan raya dan stesen kereta api di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo!, hari ini.



Bagi seorang pelajar praktikal di sebuah bank, S. Gayathri, 21, memaklumkan fenomena tersebut dianggap seperti ‘pesta’ setiap tahun.

“Hari ini terpaksa redah air dalam sikit berbanding semalam untuk menaiki komuter menuju ke tempat praktikal di Petaling Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! bermula pukul 5.45 pagi mendapati kemuncak fenomena tersebut berlaku bermula 6.18 hingga 6.32 pagi dengan derasan air dirasai melimpah kawasan tersebut sebelum mulai surut kira-kira pukul 7.40 pagi.

Pengarah ukur Seksyen Bhagian Ukur Geodetik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Muhammad Kenidi Awang Aziz berkata, kejadian air pasang tersebut adalah paling tinggi sepanjang tahun ini dengan mencatatkan ketinggian 2.7 meter dari aras laut.



“Setakat ini, ia masih mengikuti ramalan dengan kenaikan air di lokasi ini dan Kampung Bagan Pasir adalah 0.5 meter.

“Kita mengeluarkan ramalan dua tahun lebih awal sebagai persediaan bagi menghadapi fenomena air pasang ini,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker