Bahaya kepada UMNO jika berkerjasama dengan PAS.

Bahaya kepada UMNO jika berkerjasama dengan PAS.

Sememang indah bunyi nya jika perpaduan wujud antara umno dan PAS.

Perpaduan antara dua parti besar orang Melayu dan Islam ini adalah satu gabungan ideal dan idaman rakyat terutama nya òkepada orang Melayu.



Namun, jangan lah orang Melayu terlupa bahawa kerjasama seperti ini pernah wujud dibawah nama Muafakat Nasional.

Di bawah MN gabungan antara dua parti ini pernah turun kejalanraya untuk membantah kerajaan pimpinan Mahathir dan dasar nya.

Ketika itu lebih satu juta umat Islam telah bersama turun membantah ICERD dan status Rome.



Ia satu himpunan solidariti yang sukses terhasil dari gabungan umno dan PAS.

Bukan itu sahaja , hasil gabungan dua parti ini juga telah memenangi Tujuh pilihanraya kecil berturut turut.

Namun, sayang seribu kali sayang, semua nya hancur lebur sebaik sahaja PAS bertindak khianat termakan umpan musuh dan sanggup buat kerjasama dan hubungan sulit bersama pihak ketiga.

Itu lah PAS, tiada langsung sifat amanah dan setiakawan dan kejujuran.
Sepatut PAS merujuk umno terlebih dahulu sebelum berunding dengan Parti Bersatu, bukan setelah berunding sulit dengan Parti Bersatu baru merujuk umno.



Semalam veteren umno Tengku Razaleigh Hamzah membuat kenyataan bahawa PAS boleh tukar pendirian bila bila masa.

PAS akan buat keputusan ikut apa yang akan menguntungkan mereka, kata Ku Li.

Ini sabgat benar, PAS seperti Tun Mahathir juga, asal menguntungkan beliau, maka yang diperkukan adalah mencari alasan, dan alasan itu digunakan sebagai asbab menghalalkan tindakan.

Kedua dua PAS dan Tun Mahathir ada lah puak yang terlebih dahulu menenjalin hubungan bersama Parti DAP.



Hanya apabila umno menjalinkan hubungan bersama PH yang ada DAP didalam gabungan itu baru lah PAS dan Tun Mahathir iri hati.

Menurut Ku Li lagi,apabila PAS lihat tiada jalan untuk menjadi kerajaan , maka baru lah PAS cuba cari jalan untuk berganding bersama umno dengan harapan mencapai hasrat itu.

Ku Li juga menyatakan dahulu PAS sanggup bersama DAP dan akan masuk syurga juga tapi hari ini PAS menyatakan DAP itu kapir harbi pula.

UMNO walau bagaimanapun sudah pun kenali siapa itu PAS semenjak PAS tikam belakang umno.



Sebarang cubaan untuk berkerjasama bersama PAS harus difikirkan dengan masak oleh umno , kerana banyak risiko perlu diambil jika mahu bergandingan dengan sebuah parti yang tidak ada pendirian dan tidak jujur.

Bila bila masa PAS boleh lakukan pusingan U dengan beri sedikit dalal dan alasan seperti yang dinyatakan oleh Ku Li.

Berkemungkinan kenyataan Ku Li terbit dari cerita sudah ada beberapa pihak dari PAS yang cuba jalin hubungandengan umno.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker