Ahli perniagaan direman tuntutan palsu bekalan kimia IPTA

Oleh – Syeikh Baran

Ahli perniagaan direman tuntutan palsu bekalan kimia IPTA

Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bagi bekalan bahan kimia kepada sebuah pusat penyelidikan institut pengajian tinggi awam (IPTA) bernilai RM5,000, tahun lalu.



Tempoh reman terhadap suspek lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Sumber berkata, suspek tempatan itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai membuat tuntutan bayaran palsu bagi pembekalan bahan kimia walaupun tidak dilaksanakan.

“Perbuatan melibatkan kandungan butir matan palsu tersebut disyaki dilakukan suspek pada sekitar Mac 2023,” katanya.



Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker