Kapten lelaki ‘kunci’ pembantu juruterbang wanita di tandas pesawat

Kapten lelaki ‘kunci’ pembantu juruterbang wanita di tandas pesawat

Kapten lelaki 'kunci' pembantu juruterbang wanita di tandas pesawat
PESAWAT SriLankan Airlines. FOTO AFP

Colombo: Syarikat penerbangan nasional Sri Lanka, menggantung tugas juruterbang pesawatnya selepas lelaki itu ‘mengunci’ pembantu juruterbang, apabila wanita itu berehat di tandas semasa penerbangan dari Sydney, Australia, ke Colombo.

SriLankan Airlines berkata, pengawal selia penerbangan Sri Lanka, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Syarikat penerbangan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan dan kapten (itu) digantung (daripada tugas) sementara menunggu hasil siasatan,” kata SriLankan Airlines dalam satu kenyataan.

Menurut sumber syarikat penerbangan, kapten terbabit bertengkar dengan pembantu juruterbang wanita itu kerana dia keluar tanpa meletakkan kru lain untuk menemaninya di kokpit, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kru kabin terpaksa memujuk kapten untuk membenarkan pegawai pertama kembali ke tempat duduknya dalam pesawat Airbus A330 itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.


Pesawat dengan dua juruterbang itu mendarat tanpa sebarang insiden.

Syarikat penerbangan yang kekurangan dana itu dibelenggu dengan kelewatan kronik dan kekurangan kru teknikal selepas kehabisan wang untuk membayar enjin yang diperbaharui bagi beberapa pesawatnya digantung daripada beroperasi.

Kerajaan cuba menjual pesawat yang banyak hutang.

Tabung Kewangan Antarabangsa menuntut penstrukturan semula perusahaan negara yang merugikan, termasuk syarikat penerbangan SriLankan, apabila ia memberikan suntikan kewangan (bailout) kepada Colombo membabitkan AS$2.9 bilion (RM12.47 bilion), tahun lalu.

Bailout itu dibuat selepas negara pulau Asia Selatan itu gagal membayar hutang luar negerinya sebanyak AS$46 bilion (RM198 bilion) pada April 2022, kerana kekurangan pertukaran asing yang belum pernah berlaku sebelum ini yang diperlukan untuk import penting.

SriLankan Airlines memiliki hampir 6,000 kakitangan.

 

Kapten lelaki ‘kunci’ pembantu juruterbang wanita di tandas pesawat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker