Daiyan Trisha tiada ‘luck’ dalam percintaan
Lebih rela sendiri daripada dapat pasangan salah
Daiyan Trisha tiada ‘luck’ dalam percintaan
SERING gagal dalam perhubungan, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha sedar dia kurang bernasib baik dalam aspek percintaan.
Kata Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, dia tidak menolak terlalu fokus membina kerjaya sebagai punca masih membujang sehingga kini.
“Saya rasa tak berapa bertuah dalam percintaan, mungkin sebab saya terlalu bercita-cita tinggi dan kuat berkerja.
“Sebab saya memang meletakkan impian nak betul-betul berjaya dalam kerjaya seni,” katanya kepada mStar.
Selesa hidup bersendirian, Daiyan enggan bercinta hanya kerana mahu memenuhi kata hati semata-mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
Sebaliknya, dia tidak mahu terburu-buru kerana yakin akan dipertemukan dengan lelaki yang tepat suatu hari nanti.
“Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. Orang selalu tanya saya, rumah besar-besar tapi saya duduk sendirian.
“Saya tahu saya keseorangan tapi lebih baik begitu daripada berada dalam hubungan tetapi tetap rasa sunyi.
“Saya percaya jodoh saya akan datang. Saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya,” ujarnya.
Sementara itu, Daiyan mengakui dia lebih suka merahsiakan hubungan cinta dan identiti pasangannya atas alasan mahu menjaga kesihatan mental.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta.
DAIYAN TRISHA
PELAKON/PENYANYI
Tambahnya, dia enggan terlalu bercerita mengenai kisah cinta yang masih belum pasti pengakhirannya.
“Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Orang memang tahu tapi tak tahu siapa pasangan saya.
“Saya rasa ia lebih baik demi kesihatan mental saya dan baik juga untuk hubungan cinta kami.
“Sampai dia ‘lock’ saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dalam perkembangan lain, Daiyan tampil dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi album keduanya berjudul Lovelorn pada 4 Oktober ini di semua platform digital.
Sama seperti karyanya sebelum ini, Daiyan mencipta sepenuhnya lgu berkenaan daripada bait lirik mahupun melodi dengan bantuan beberapa komposer lain.
Selain album, Daiyan juga bakal menghiburksn peminat menerusi sebuah showase eksklusif bersempena pelancaran Lovelorn yang berlangung di Aurum Theatre, TRX pada 1 dan 2 November 2024.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM180 bermula Khamis di laman web Golden Screen Cinemas.
Daiyan Trisha tiada ‘luck’ dalam percintaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
- Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.