Bapa kandung, ibu tiri dera anak ditahan
Oleh – Syeikh Baran
Sepasang suami isteri telah direman selama lima hari kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun di Taman Permai Ladang Kalumpang Bagan Serai, kelmarin
Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penderaan ke atas kanak-kanak lelaki tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.
“Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah menahan seorang lelaki berusia 47 yang dipercayai bapa kandung kanak -kanak itu.
Menurut Juna, mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan.
“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka dibahagian muka, dada, perut, kedua belah tangan, kaki dan peha akibat dipukul.
“Mangsa kini ditahan di Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil,” ujarnya.
Juna berkata, polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa termasyk tiga botol air ketum.
“Kedua-dua suspek direman selama lima hari hingga 14 Oktober ini kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambahnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.