Tsunoda calon hangat bergandingan dengan Verstappen
Tsunoda calon hangat bergandingan dengan Verstappen
London: Helmut Marko mendedahkan Yuki Tsunoda sedang dipertimbangkan untuk menyertai Red Bull bagi musim Formula Satu (F1) 2025.
Siapakah rakan sepasukan Max Verstappen untuk tahun depan masih belum jelas sepenuhnya, dengan Sergio Perez terus menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Ia mungkin mendorong Red Bull memilih Tsunoda atau Liam Lawson, yang dipanggil menggantikan Daniel Ricciardo di RB F1.
Walaupun Tsunoda adalah pemandu kedua terbaik Red Bull sejak tahun lalu selepas Verstappen, Marko dan Christian Horner masih keberatan untuk memberinya peluang dalam pasukan utama.
Sikap tidak matangnya di luar litar mendorong kepada faktor itu, walaupun dia sudah menunjukkan konsisten hebat di atas trek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Bercakap kepada F1-Insider, Marko memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi pemandu Red Bull.
“Saya beri bayangan yang seorang seorang pemandu junior akan memandu bersama Max.
“Kami sudah memutuskan untuk memilih antara Lawson dan Tsunoda. Mereka mempunyai jentera yang sama, syarat yang sama dan masing-masing kini mempunyai baki enam perlumbaan untuk membuktikan siapa yang lebih baik,” kata Marko.
Tsunoda calon hangat bergandingan dengan Verstappen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.