Warga emas alami pendarahan kepala akibat disamun

Oleh – Syeikh Baran

Warga emas alami pendarahan kepala akibat disamun

Seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital selepas cedera disamun dalam kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, di sini, awal pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.30 pagi namun tiada kerugian direkodkan kerana tiada barangan berharga dalam beg diragut suspek.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 78 tahun yang sedang dalam perjalanan kedai berhampiran untuk membeli surat khabar telah didatangi sebuah motosikal sebelum diragut.

“Mangsa kemudian mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pendarahan di kepala mangsa agak serius namun masih dalam pemantauan pasukan perubatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, tular video berdurasi 2 minit 45 saat memaparkan seorang wanita warga emas berpakaian merah jambu diragut oleh seorang penunggang motosikal.

Video tersebut memaparkan wanita warga emas itu terjatuh akibat diragut sebelum disedari orang awam.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker