Lelaki parah langgar lori tangki di bahu jalan

Oleh – Syeikh Baran

Lelaki parah langgar lori tangki di bahu jalan

Seorang lelaki cedera parah kerana tersepit di bahagian pemandu selepas melanggar sebuah lori tangki yang diletakkan di bahu jalan, Jalan Sungkai, di sini dalam kemalangan kira-kira pukul 7.25 pagi tadi.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki berumur 20-an yang memandu Perodua Viva itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian hadapan lori berkenaan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker