City pamer taring sebenar

City pamer taring sebenar

City pamer taring sebenar
GUNDOGAN meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters

Bratislava, Slovakia: Pengurus Manchester City Pep Guardiola memuji pemainnya selepas mendapat tiga mata pertama dengan menewaskan Slovan Bratislava 4-0 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Ilkay Gundogan, Phil Foden, Erling Haaland dan James McAtee menjaringkan gol ketika membelasah ‘pendatang baharu’ UCL itu sekali gus meraih empat mata daripada dua perlawanan.

Selepas seri 0-0 di Inter Milan pada perlawanan pertama, kemampuan meraih kemenangan besar awal pagi tadi di luar jangkaan Guardiola.

“Pemain saya fantastik. Mereka bermain sangat baik, cipta banyak peluang dan mendapat tiga mata pertama dalam kejohanan ini,” kata Guardiola.

“Tetapi saya tak fikirkan perbezaan gol. Menang perlawanan sudah cukup. Hari ini kemenangan pertama dan melonjak tinggi sedikit dalam kumpulan. Itu sudah cukup bagus.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional

 

Guardiola turut memuji prestasi Gundogan yang bangkit daripada aksi hambar ketika seri 1-1 dengan Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.

Manakala Foden yang meledak 27 gol dalam semua kejohanan musim lalu akhirnya menjaringkan gol pertamanya musim ini.

“Jaringan menarik. Hanya perlu hantar bola ke gawang seperti selalu saya katakan hantar ke gawang, bukannya rembat dan anda akan dapat banyak peluang. Tetapi langkah demi langkah, ia datang semula.”

 

City pamer taring sebenar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker