Arsenal menang, Arteta puji Havertz

Arsenal menang, Arteta puji Havertz

Arsenal menang, Arteta puji Havertz
AKSI Havertz menjaringkan gol pertama Arsenal di Emirates. FOTO AFP

AKSI

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional



London: Dua belas bulan lalu Kai Havertz seperti alat ganti di Arsenal selepas berpindah dari Chelsea tetapi kini penyerang Jerman itu menepati statusnya sebagai aset berharga 65 juta pound (RM359 juta) susulan prestasi cemerlang pada awal musim.

Pemain berusia 25 tahun itu membuka tirai jaringan Arsenal ketika menewaskan PSG 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara di tempat sendiri awal pagi tadi menerusi larian dan tandukan pada minit ke-20 sebelum Bukayo Saka menambah gol kedua dengan sepakan percuma sebelum rehat.

Jaringan itu yang kelima buat Havertz musim ini untuk kelab dan berhak dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

“Dia mengagumkan. Bijak mencari ruang, ketepatan masa dan pantas hidu peluang,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta yang tetap mempercayai Havertz ketika dia bergelut pada musim lalu.



“Etika kerjanya sangat bagus dan kini benar-benar mengancam dalam kotak penalti. Dia salah seorang tonggak kami ketika ini.”

Ia malam memuaskan untuk Arteta yang mendominasi antara heavyweight Eropah pada babak pertama dan kemudiannya tangkas menahan asakan mereka selepas rehat.

“Sangat gembira dengan prestasi pemain. Kami menentang lawan yang banyak personaliti. Sukar menangani mereka apabila anda tidak menguasai bola,” katanya.

“Kami dominasi babak pertama dan mencipta banyak peluang tetapi selepas rehat cerita berbeza. Kami lebih banyak bertahan daripada sepatutnya. Namun kami dapat tanganinya.”



Kemenangan itu selepas seri 0-0 di Atalanta meletakkan Arsenal di tempat kelapan dalam 36 pasukan keseluruhan dan Arteta berkata masih terlalu awal untuk meramalkan berapa perlawanan lagi diperlukan untuk layak automatik ke peringkat 16 terakhir.

“Saya langsung tak melihat carta kumpulan,” katanya. “Tetapi saya fikir ia pastinya masih jauh.”

Arsenal menang, Arteta puji Havertz

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker