Rayuan Zuraida bayar RM10 juta pada PKR akan diputuskan 11 Disember ini

Mahkamah Rayuan menetapkan 11 Disember ini untuk memutuskan rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.

Peguam PKR Navpreet Singh, yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama, berkata tarikh tersebut ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Syafiq Mustaza hari ini.

Pada 23 September lepas, panel tiga hakim terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk See Mee Chun dan Datuk Azman Abdullah serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Zuraida dan Ranjit Singh bagi pihak PKR.



Pada 23 Jun 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir telah memerintahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu membayar RM10 juta selepas memutuskan bahawa bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Pada 2020, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagi pihak parti yang memulakan saman itu mendakwa Zuraida melanggar syarat bon yang telah ditandatanganinya.

Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker