Bekas juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov ‘mengadap’ TMJ
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima kunjungan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov, hari ini.
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi laman X, HRH Crown Prince of Johor dengan program pembangunan belia antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu.
“Antara topik perbincangan adalah mengenai program pembangunan belia dan cadangan membuka gimnasium latihan rasmi Khabib di negeri Johor,” kata Tunku Mahkota Ismail di laman X.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu dengan penstrim video terkemuka dunia, IShowSpeed di Stadium Sultan Ibrahim.
Pertemuan kedua-dua individu itu menaikkan saham Harimau Selatan memandangkan IShowSpeed mempunyai jumlah pengikut mencecah 50 juta.
Speed yang berada di Singapura bagi jelajah Asia Tenggaranya hadir ke Stadium Sultan Ibrahim dan berpeluang menonton aksi antara JDT dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional