Pelajar UMS nafi guna guni sebab tak mampu, akui terkejut dapat simpati menteri
“Saya pakai guni sebab mudah letak barang, bukannya tidak mampu. Kebetulan pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga tetapkan pelajar baharu ketika pendaftaran hanya boleh bawa maksimum dua beg atau bagasi.”
Itu penjelasan pelajar yang tular membawa guni sebagai bagasi ketika mendaftar di UMS, Rafida Ziaddin, 19, baru-baru ini.
Rafida berkata, dia perlu menaiki bas selama enam jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu dan banyak barang keperluan hendak dibawa ke universiti ketika itu.
“Oleh itu, saya ambil inisiatif guna guni kepunyaan bapa untuk masukkan separuh barang yang perlu dibawa manakala selebihnya disimpan di dalam bagasi dan beg sandang,” kata Rafida Ziaddin, 19.
Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, dia sendiri terkejut mengetahui ceritanya membawa guni plastik ketika pendaftaran menjadi tular sehingga mendapat perhatian menteri.
Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sandakan itu menyatakan, ada seorang senior datang ke biliknya dan bertanyakan tentang guni dibawanya sebelum perkara itu tular.
“Ketika itu saya hanya terfikir mungkin ada terbawa barang orang lain tetapi senior terbabit cuma mengambil gambar dan membuat sedikit temu bual,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, ditanya reaksinya ketika menerima panggilan video dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Rafida yang bercita-cita bergelar seorang akauntan memaklumkan, Fadhlina ada bertanya sama ada duit perbelanjaannya mencukupi sebelum menghantar duit secara pemindahan dalam talian berjumlah RM3,000.
Sementara itu, Rafida yang mengambil jurusan perakaunan di UMS adalah antara lima pelajar dari universiti itu yang diberikan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), hari ini.
Tawaran biasiswa berkenaan disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif dengan disaksikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Zainudin Aman di Menara Kinabalu.
Mohd Arifin yang juga EXCO Pendidikan negeri menafikan tawaran biasiswa kepada Rafida diberikan selepas cerita mengenai bagasi guni plastik yang digunakan pelajar itu tular sejak kelmarin.
“Anak-anak kita sudah dibantu. Ketika beliau (Rafida) masuk matrikulasi tahun lalu pun kita ada bantu menerusi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM1,500.
“Tahun ini, apabila masuk ijazah juga mendapat RM2,000 melalui BUDI. Bantuan ini untuk masuk ke institusi pendidikan tinggi (IPT).
“Beliau juga menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) pada tahun ini dan sebenarnya sudah disenaraikan serta diputuskan oleh pihak pengurusan BKNS,” katanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
You must be logged in to post a comment.